Thursday, December 30, 2010

Maklumat Pengajian di Universiti Al-Iman

A). KEISTIMEWAAN
Keistimewaan Ilmiyah:
1. Terdapat tiga jabatan pengajian yang tidak terdapat di mana-mana universiti lain di dunia kecuali di sini iaitu; Jabatan Tazkiyah, Jabatan Iman dan Jabatan Pengajian Ilmu Mukjizat Sainstifik di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
2. Sebahagian buku teks pengajian diberikan secara percuma.
3. Sesi pengajian bermula sejurus selepas solat fardhu Subuh.
4. Semua mahasiswa tidak akan tamat pengajian kecuali setelah menghafal 30 juz Al-Quran.
5. Universiti Al-Iman menyediakan pusat pengajian Bahasa Arab bagi pelajar-pelajar antarabangsa (bukan Arab), sebagai persediaan bagi mereka sebelum memasuki kuliyah.
6. Dewan kuliyah mahasiswa dan mahasiswi adalah berasingan, mahasiswi mengikuti kuliyah pengajian melalui sistem CCTV, mereka juga boleh berinteraksi dengan pensyarah melalui telefon.
7. Silibus pengajian adalah berasaskan kitab turath yang dipelajari sepenuhnya dari kulit ke kulit.

Keistimewaan dan Kemudahan:
1. Asrama bujang dan rumah kelamin (jika ada kekosongan) dan disediakan secara percuma di dalam kawasan kampus.
2. Kediaman pensyarah juga ditempatkan di dalam kawasan kampus bagi memudahkan mahasiswa mendampingi dan berinteraksi dengan mereka di luar waktu kuliyah.
3. Pusat jagaan kanak-kanak (nursery), tadika dan sekolah juga disediakan di dalam kawasan kampus.
4. Sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam disediakan secara percuma.
5. Sebuah pusat kesihatan (klinik) yang menyediakan rawatan secara percuma (ubat dibeli sendiri).
6. Menyediakan pengangkutan (bas) bagi mahasiswa dan mahasiswi yang tinggal di luar kampus dengan bayaran yang berpatutan.

B). SISTEM PENGAJIAN
1. Sistem pengajian berpandukan kepada Takwim Hijri.
2. Tahun pengajian terbahagi kepada 3 semester; semester pertama (Muharam-Rabiul Akhir), semester kedua (Jamadil Awal-Sya’ban), semester praktikal (Syawal-Zulkaedah).
3. Sesi pengajian bermula sejurus selepas solat Subuh sehingga sebelum Zohor setiap hari kecuali hari Jumaat.
4. Mahasiswa diwajibkan menghadiri semua kuliyah, jika kurang dari 85% kehadirannya bagi setiap subjek, dia tidak dibenarkan menduduki kertas peperiksaan bagi subjek tersebut dan dianggap gagal.
5. Pengajian takhassus hanya bermula pada tahun 4 pengajian, nisbah pengajian subjek-subjek takhassus adalah 20% dari keseluruhan jam pengajian (dari tahun 4 – tahun 7).
6. Tempoh pengajian di universiti adalah selama 10 tahun Hijri dan terbahagi kepada dua peringkat:-
1 ) Peringkat Pertama (Marhalah Umum): Tempoh pengajian adalah selama 7 tahun. Walaubagaimanapun mahasiswa akan diberikan Ijazah Sarjana Muda selepas lulus pengajian Tahun 4, dan selepas tamat Tahun 7 serta menyempurnakan bahas takmiliy atau menduduki imtihan syamil, mahasiswa akan diberikan Ijazah Masyikhah (Sarjana).2) Peringkat Kedua (Marhalah Takhassus ‘Aliyah): Tempoh pengajian adalah selama 3 tahun. Mahasiswa yang tamat pengajian ini akan diberikan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

C). BIDANG PENGAJIAN
Universiti Al-Iman mempunyai empat kuliyah (fakulti), setiap kuliyah mengandungi beberapa jabatan iaitu:
Kuliyah Al-Iman:
Jabatan Qiraat
Jabatan Ulum Al-Quran
Jabatan Ulum Al-Hadis
Jabatan Al-Iman
Jabatan Ilmu Mukjizat Sainstifik di dalam Al-Quran & As-Sunnah
Jabatan Tazkiyah dan Tarbiyah

Kuliyah Syari’ah:
Jabatan FiqhJabatan Usul Al-Fiqh
Jabatan Bahasa ArabJabatan Al-Qadha’ (Undang-Undang) [Khusus untuk siswa]

Kuliyah Dakwah dan Penyiaran:
Jabatan Dakwah
Jabatan Al-I’lam Al-Islami (Penyiaran Islam)

Kuliyah Ilmu Kemanusian:
Jabatan Siyasah Syar’iyah
Jabatan Mu’amalat dan Ekonomi Islam
Jabatan Ekonomi Rumahtangga [Khusus untuk siswi]

D). SYARAT PENERIMAAN DAN PENDAFTARAN
1. Pemohon mestilah mempunyai sijil tamat sekolah menengah atau yang setaraf dengannya. Sijil tersebut perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab di Institut Terjemahan Negara (Seksyen 10 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. http://www.itnm.com.my/) dan mendapat cop pengesahan daripada Kementerian Luar Malaysia (No 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, 62602 Putrajaya).
2. Umur pemohon mestilah tidak melebihi 25 tahun dan tidak kurang dari 18 tahun.
3. Mendapatkan pengesahan kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Yaman.
4. Mempunyai akhlak yang baik yang disokong oleh 2 orang yang dikenali oleh pihak universiti.
5. Mendapatkan surat sokongan daripada pihak kedutaan Malaysia di Yaman.
6. Mestilah sudah menghafal Al-Quran 5 juzuk akhir.
7. Menghadiri Kursus Orientasi selama sebulan (bulan Zulkaedah).

E).VISA PENGAJIAN
Visa belajar adalah sangat perlu kepada mahasiswa luar Yaman. Bagi mahasiswa yang baru tiba, mereka akan mendapat visa melancong selama tiga bulan dari pihak imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Sana’a, Yaman.Pihak Universiti Al-Iman tidak mengeluarkan visa belajar, tetapi membenarkan mahasiswa untuk mengambil visa belajar di pusat-pusat pengajian yang lain di sekitar Sana’a.Tempoh visa belajar adalah setahun. Mahasiswa perlu memperbaharui visa belajar setiap hujung tahun.

F). ANGGARAN PERBELANJAAN
PENGURUSAN LELAKI BUJANG
Yuran Pengajian* --------USD 550
Pengurusan ---------------USD 150
Visa------------------------USD 70
Sewa rumah 3 bulan----USD 150
JUMLAH---------------USD 920
Kewangan boleh dijelaskan keseluruhannya sebaik sahaja tiba di Sana’a untuk pengurusan.
* Yuran pengajian ini adalah anggaran sahaja. Jika kurang dari anggaran ini, kami akan kembalikan semula wang kepada anda. Yuran pengajian ini adalah untuk pendaftaran di mana-mana institut pengajian bagi mengambil visa belajar.

G). MAKLUMAT TAMBAHAN
1. Pendaftaran dibuka dari bulan Sya’ban sehingga Zulkaedah setiap tahun.
2. Pelajar perlu tiba di Yaman selewat-lewatnya pada bulan Ramadhan bagi tujuan pengurusan dan pendaftaran.
3. Pelajar yang baru berdaftar di Universiti Al-Iman tidak mendapat asrama kecuali setelah 3 bulan.
4. Pelajar yang baru akan ditempatkan di rumah sewa untuk sementara waktu (3 bulan).
5. Sepanjang masa musim orientasi, pelajar disediakan dengan program-program tarbawi seperti qiamullail, riadhah dan lain-lain.
6. Bagi pelajar yang masih lemah dalam bahasa arab dan baru memulakan hafazan quran akan di masukan ke qismul lughah arabiyyah di universiti al-iman.

4 comments:

  1. MACAM MANA NAK APPLY ? ADE ORANG YANG TOLONG URUSKAN TAK ?

    ReplyDelete
  2. assalamualaiyk..
    cara memohon macam mana ya..
    ada yg tolong uruskan tak??

    ReplyDelete
  3. Asalamualaikum. Universiti al iman ni kaum hawa boleh mohon ke ?

    ReplyDelete
  4. ASSALMUALAIKUM SEKARANG MACAM MANE??

    ReplyDelete