Thursday, December 30, 2010

Maklumat Pengajian di Universiti Sains dan Teknologi, Sana'a.


Antara fakulti pengajian yang ditawarkan ialah:

1) Fakulti Sains Kemanusiaan:

• Kuliah Tarbiyyah : Tempoh pengajian selama 4 tahun, peratus kelayakan 50%, yuran pendaftaran sebanyak YER 8000 (RM 160), yuran universiti setiap tahun YER 8000 (RM 160), yuran jam kredit USD 800 untuk setiap tahun.
• Pendidikan Inggeris tempoh pengajian 4 tahun, peratus kelayakan 50%, yuran pendaftaran YER 8000 (RM 160), yuran universiti setiap tahun YER 8000 (RM 160), yuran jam kredit USD 1100 setiap tahun.
• Kesusasteraan Inggeris tempoh pengajian 4 tahun, peratus kelayakan 50%, yuran pendaftaran YER 8000 (RM 160), yuran universiti setiap tahun YER 8000 (RM 160), yuran jam kredit USD 1500 setiap tahun.
• Kesusasteraan dan Syariah/ pengajian Islam tempoh pengajian 4 tahun, peratus kelayakan 50%, yuran pendaftaran YER 8000 (RM 160), yuran universiti setiap tahun YER 8000 (RM 160), yuran jam kredit USD 800 setiap tahun.


Syarat kemasukan adalah seperti berikut :

• Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang asli dan yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab.
• Kedua-dua sijil tersebut hendaklah di cop oleh Kementerian Luar Malaysia.
• Salinan pasport
• 10 keping gambar berukuran pasport berlatar belakang putih.

Untuk pendaftaran sila sertakan dokumen sebagaimana berikut:

• Sijil/ slip keputusan peperiksaan yang telah disahkan oleh pihak sekolah.
• Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Menengah Ugama/Agama (SMA/SMU) yang asli dan yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab.
• Kedua-dua sijil tersebut hendaklah di cop oleh Kementerian Luar Malaysia.


2 comments:

  1. Sara kehidupan disana mcm mna yer??..
    ada pengiktirafan tak sijil2 universiti di sana??..

    ReplyDelete
  2. nak berurusan dengan siapa untuk belajar di sana

    ReplyDelete