Thursday, December 30, 2010

Maklumat Pengajian di Darul Quran, Sana'a.

a). SYARAT PENERIMAAN DAN PENDAFTARAN
1. Pendaftaran pada bulan rejab
2. Pemohon mestilah mempunyai sijil tamat sekolah rendah atau yang setaraf dengannya. Sijil tersebut perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab di Institut Terjemahan Negara (Seksyen 10 Wangsa Maju, Kuala Lumpur.http://www.itnm.com.my/) dan mendapat cop pengesahan daripada Kementerian Luar Malaysia (No 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, 62602 Putrajaya).
3. Terjemahan bahasa arab sijil kelahiran serta dicop kementerian luar malaysia
4. Umur pemohon mestilah tidak kurang dari 13 tahun.
5. Mendapatkan pengesahan kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Yaman.
6. Mempunyai akhlak yang baik
7. surat sokongan daripada ulama atau tokoh-tokoh tertentu di yaman.
8. Menghadiri Kursus Orientasi selama 3 minggu (bulan rejab).

b).VISA PENGAJIAN
Visa belajar adalah sangat perlu kepada mahasiswa luar Yaman. Bagi mahasiswa yang baru tiba, mereka akan mendapat visa melancong selama tiga bulan dari pihak imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Sana’a, Yaman.Pihak darul quran tidak mengeluarkan visa belajar, tetapi membenarkan pelajar untuk mengambil visa belajar di pusat-pusat pengajian yang lain di sekitar Sana’a.Tempoh visa belajar adalah setahun. pelajar perlu memperbaharui visa belajar setiap hujung tahun.

2 comments:

  1. Assalammualaikum wmh.. Saya ridzuwan dari alor star kedah. Umur 25. Saya dah berumahtangga. Tapi sekarang dengan izin Allah s.w.t saya tengah mempertahankan rumahtangga(masjid) yang saya bina dari di musnahkan oleh pihak ke3 & ke4. Saya ingin bertanya pada saudara. Saya berminat & betul betul bernekad & azam nak lanjutkan pengajian di universiti al-iman yaman untuk nak mendalami al-quran & hukum Allah s.w.t. Saya nak dekatkan lagi diri saya dengan Allah s.w.t.. Tapi masalah saya sekarang saya tak mempunyai sijil spm tapi pengajian saya habis form5. Dari segi kewangan alhamdulillah.. Adakah saya berpeluang untuk nak mendalami al-quran, hukum Allah s.w.t di yaman? Saya betul betul berminat nak mendalami hukum agama. Ni contact no saya 0192461365

    ReplyDelete
  2. What are the Best Casino Games by Experts?
    In the 프라그마틱슬롯 betting 하랑 도메인 industry, 뉴 포커 디펜스 casinos offer certain 블랙 잭 애니 games and bonuses that offer 바카라커뮤니티 These include the most popular casino game that you will find online

    ReplyDelete